Projek GNU
Posted On Saturday, November 1, 2008 at at 11:33 AM by SyahrizalProjek GNU adalah projek kerjasama perisian bebas, diumumkan pada 1983 oleh Richard Stallman. Projek ini memulakan sistem pengendalian GNU, dan pembanguanan perisiannya bermula pada Januari 1984. Matlamat pengasasan projek ini ialah, seperti dalam pengumuman awalnya, untuk membangunkan "sejumlah cukup perisian bebas [...] untuk boleh berfungsi tanpa apa-apa perisian yang tidak bebas." [1]
Demi mencapai matlamat ini, Projek GNU mula bekerja pada sistem pengendalian yang dipanggil GNU. GNU merupakan akronim rekursif untuk "GNU's Not Unix". Dengan inti Linux dikeluarkan di bawah Lesen Awam Am GNU pada 1992, projek GNU tidak lagi bergantung kepada perisian hak milik untuk menjalankannya.
Kerja terkini Projek GNU termasuklah pembangunan perisian, pembinaan kesedaran, dan kempen politik.